Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian bot karam di Sabak Bernam, pagi semalam.

"Kejadian bot karam di Sabak Bernam menyedihkan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus cari dan menyelamat.

“Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban," catat Najib dalam laman Twitternya hari ini.

Setakat semalam, mayat 13 wanita dan dua lelaki ditemui manakala 19 lagi termasuk seorang wanita terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 12.192 meter itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.

- Bernama

Lihat Komen
ADS