Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Suara BERSIH tak wakili walau 1% rakyat Malaysia'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu tidak mewakili walau satu peratus suara majoriti rakyat Malaysia.

Ia kerana menurut Azalina jumlah jumlah peserta demonstrasi yang turun pada hari tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 juta rakyat Malaysia.

“(Kehadiran dalam) perhimpunan BERSIH tidak sampai satu peratus pun dari masyarakat dan ia benar-benar tidak menunjukkan apa itu Malaysia,” katanya.

Beliau malah menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya perhimpunan tersebut dijadikan acara tahunan di Pulau Pinang.

“Tolonglah buat di Pulau Pinang, saya lagi gembira dan mungkin boleh jadi sebahagian dari acara tahunan melawat Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan ekspo filem Malaysia di KLCC, Kuala Lumpur.

Pembangkang dan akhbar prokerajaan sebelum ini mengetengahkan isu dakwaan penguasaan DAP dan orang Cina dalam perhimpunan itu.

Dalam perhimpunan 34 jam Sabtu dan Ahad lepas, Kuala Lumpur dipenuhi orang ramai yang hadir bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit pelbagai kontroversi.

Lihat Komen
ADS