Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berlaku.

Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal parlimen berkata parlimen di negara ini tidak sama seperti di negara lain.

“Mana ada. Kita tidak buat macam itu. Di Malaysia caranya bukan begitu.

“Kamu harus dapatkan sokongan majoriti untuk dapat sokongan dan sekarang sokongan majoriti bersama pemimpin yang memerintah iaitu perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Eskpo Filem Malaysia di KLCC, Kuala Lumpur.

Azalina ditanya tentang ura-ura undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibuat dalam persidangan parlimen akan datang.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satu Najib, juga sebelum ini berkempen supaya tindakan itu disokong oleh anggota parlimen BN.

Mahathir kini melibat Najib sebagai beban dalam BN yang mesti disingkirkan jika parti pemerintah mahu terus mengekalkan kuasa selepas pilihan raya umum.

Lihat Komen
ADS