Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anina Saadudin mengaku terharu menerima sepucuk surat dari bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang berkongsi kesedihan apabila anggota Wanita Langkawi itu dipecat partinya.

“Saya terharu terima surat dari Tun Mahathir.

“Saya tak sangka orang yang membangunkan negara dengan membina bangunan tertinggi di Malaysia utus surat pada saya dan berkongsi kesedihan pemecatan saya,” katanya ketikan dihubungi Malaysiakini .

Katanya lagi, surat yang diterima melalui pembantu Mahathir itu semalam bukan hanya untuk dirinya sebaliknya kepada jutaan rakyat Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Malaysia perlu sedar Tun M (Mahathir) bersama 28 juta rakyat Malaysia. Kita tidak keseorangan.

“Saya lebih suka ia dianggap surat penghargaan untuk semua,” katanya.

Dalam surat yang diterimanya semalam, antara lain Dr Mahathir menyebut, negara memerlukan rakyat seperti Anina.

Pesanan itu disampaikan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu ekoran pemecatan Anina sebagai ahli Umno awal bulan ini kerana menyaman presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Anina dipecat selepas memfailkan saman Jumaat minggu lalu untuk mendapatkan sebahagian daripada sumbangan luar untuk Umno yang dimasukkan ke akaun Najib.

Ujar Dr Mahathir, meskipun sedih dengan pemecatan Anina namun bapa Menteri Besar Kedah sekarang itu bangga kerana dia bercakap benar dan tidak takut dituduh pengkhianat.

“Saya harap surat ini akan bakar semangat rakyat biasa seperti biasa untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Lihat Komen
ADS