Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas penasihat 1MDB: Tunggu 6 bulan, saya letak jawatan

Bekas anggota lembaga penasihat 1MDB berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.

Dakwa Tan Sri Abdul Samad Alias, beliau mengambil tindakan itu setelah membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan antarabangsa hari ini.

Abdul Samad dilantik sebagai panel penasihat 1MDB pada 25 Januari 2012.

Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan berkaitan hal ehwal syarikat, terutamanya berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu.

“Saya tunggu enam bulan.

“Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa,” katanya yang juga penceramah dalam persidangan itu.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya lagi dalam sesi soal jawab, yang kemudian mengundang ketawa dan tepukan orang ramai. [Baca berita asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan 1MDB dalam satu kenyataan petang ini berkata, walaupun ia kesal dengan perletakan jawatan Abdul Samad, namun syarikat itu menghormati keputusan beliau.

"Kami mengharapkan yang terbaik buat Samad dalam semua tindakannya pada masa depan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, 1MDB menjangka akan menyenarai pendek pembida pilihan untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi pembangunan projek Bandar Malaysia sebelum akhir minggu ini.

Syarikat itu berkata, setakat 28 Ogos 2015 ia telah menerima 12 bidaan.

"1MDB kekal fokus kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi dan akan mengeluarkan laporan terkini mengenai perkembangan selanjutnya tidak lama lagi," katanya.

1MDB berkata, ahli lembaga pengarah dan pemegang saham terbabit sepenuhnya dalam pelan rasionalisasi itu.

"Ini terbukti dengan senarai pendek empat pihak untuk peringkat akhir pembidaan bagi jualan anak syarikat tenaga kami, Edra," katanya.

Lihat Komen
ADS