Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan Tun Mahathir Mohamad hadir dua kali ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu mengejutkan banyak pihak.

Kejutan susulan siasatan pada perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu juga tidak kurang hebatnya.

Bagaimanapun, bagi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun, terpulang kepada polis untuk bertindak menurut undang-undang.

“Terpulanglah kepada pihak polis, mereka ada undang-undang yang perlu diikut dan akur.

“Kalau ada kesalahan undang-undang yang dilakukan (Tun M) maka mereka bolehlah siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir muncul semasa perhimpunan BERSIH pada 29 dan 30 Ogos lalu, yang antara lain menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian memberitahu Mahathir akan disiasat berhubung kehadirannya itu bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, berkaitan kenyataan fitnah jenayah.

Sementara itu, Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz turut sependapat dengan Azizah yang mahu Tun Mahathir disiasat terlebih dahulu.

“Biarlah polis siasat dahulu, selebihnya kita tunggu nanti,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Lihat Komen
ADS