Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda AMANAH usul 4 dasar utama Pakatan Harapan
Diterbitkan:  Sep 23, 2015 9:24 AM
Dikemaskini: 1:37 AM

Pemuda AMANAH Nasional mengusulkan empat dasar utama yang menurutnya perlu dijadikan asas kepada polisi bersama Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata empat dasar utama itu ialah:

# Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosio ekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.

"Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini - Pemuda AMANAH, DAPSY dan AMK - hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sistem pemerintahan dan demokrasi yang korup ini hendaklah diubah dengan digantikan sistem yang amanah, adil, inklusif dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang," katanya

Faiz berkata, kepercayaan rakyat kepada pembangkang lebih 52 peratus bukan sahaja tidak boleh dikhianati, tetapi hendaklah ditingkatkan bagi meneruskan perjuangan suci untuk menguasai Putrajaya.

"Pemuda AMANAH Nasional bersama sayap pemuda parti koalisi lain daripada DAPSY dan AMK mempunyai tugas berat dalam mengembleng tenaga dan fikiran bagi mendapatkan kepercayaan pengundi muda yang dianggarkan melebihi tujuh juta orang.

"Konsultansi, penyusunan strategi dan gerak kerja bersama amat penting untuk kita meneruskan agenda perubahan ini.

"Sebagai anak muda yang merupakan mata rantai perjuangan, kita adalah ejen perubahan yang diharapkan rakyat," tambahnya.

Lihat Komen
ADS