Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamal rancang adakan himpunan di Kajang pula
Diterbitkan:  Sep 28, 2015 12:54 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Selepas dibebaskan dari lokap polis, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos kini bercadang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan "berskala besar" di Kajang.

Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana Presiden PKR dan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil dua tahun lalu selepas dipilih menjadi wakil rakyat, lapor New Straits Times hari ini.

"Saya ada tiga majlis pertemuan di Kajang, terdiri penduduk Melayu, Cina dan India, yang mendakwa sebelum ini mereka telah menyokong Wan Azizah tetapi merasakan mereka ditipu, dan kecewa dengan beliau," kata Jamal seperti dilapor dalam akhbar itu.

Antara rungutan yang dibangkitkan termasuk masalah banjir, kesesakan lalu lintas, dan kelemahan kutipan sampah, kata Jamal.

Dalam laporan itu menyebut, Jamal berkata perincian mengenai perhimpunan tersebut akan dimaklumlkan dalam sidang media pada 11 Oktober depan.

Ketua Umno Sungai Besar itu ditahan semalaman selepas beliau mengingatkan bahawa penunjuk perasaan tidak berpuas hati mungkin merusuh di Jalan Petaling Sabtu lalu, jika tiada tindakan diambil terhadap peniaga yang menjual barangan palsu di sana.

Jamal, antara penggerak Himpunan Rakyat Bersatu yang berhimpun di Padang Merbok sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan BERSIH 4 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Dalam perhimpunan pada 16 September itu, berlaku pertembungan antara peserta 'Baju Merah' dan polis di Jalan Petaling.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS