Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tindakan tidak lagi membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat dalaman Umno dianggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah pemimpin parti menghalang bekas timbalan perdana menteri itu bersuara.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis minum petang Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia tidak berasa hairan dengan perkhabaran berkenaan.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau sendiri dihalang untuk bersuara bagi menyatakan "keburukan" Datuk Seri Najib Razak.

"Biasalah... Najib punya cara tak benarkan orang bercakap... Saya pun tidak dibenarkan bercakap," katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang biasanya dipengerusikan Timbalan Presiden Umno kini dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Surat mengenai mesyuarat yang dijadual malam esok itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun pada petangnya ahli GCOC dimaklumkan mesyuarat berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain .

Tiada alasan diberikan di sebalik penangguhan berkenaan.

Walaupun disisihkan daripada jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih menjadi timbalan presiden parti.

Lihat Komen
ADS