Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
50 rumah atas air Kg Simunul musnah terbakar
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 10:54 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Kira-kira 50 buah rumah atas air di Kampung Simunul di Semporna, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata dua jentera bersama 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.44 malam tadi.

"Apabila sampai di tempat kejadian kira-kira 7.48 malam, api sedang marak dan anggota bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan api disebabkan jalan yang terlalu sempit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu sebuah jentera dengan lima anggota daripada Balai Bomba Tawau, serta enam anggota Balai Bomba Kunak.

Fazizul Hizam berkata api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 malam, dan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS