Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tok Him: Melayu diminta tenang, mari sertai PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) tidak menyokong mana-mana parti politik dua parti Melayu ketika ini, dan PAS sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan sekarang dalam keadaan 'haru biru", kata Presiden Datuk Ibrahim Ali.

Sebaliknya, bekas MP Pasir Mas itu mahu anggota PERKASA supaya memperkasa badan itu dengan mencari ahli baru yang menjadi 'faktor penentu' dalam pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim juga berkata pihaknya turut mengalu-alukan semua Melau dan Bumiputera menyertai kumpulan pendesak Melayu itu.

"Dua parti Melayu (ketika ini dalam) kucar kacir dan tak boleh harap kedua-duanya. Pertama Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kena pecat, ramai kena pecat.

"Haru biru kerana mereka berdepan krisis ekonomi bersama-sama 1MDB dan semuanya. Di sebelah sana pun krisis kepimpinan. Huru hara semua.

"Buat sementara waktu, kita minta orang Melayu bertenang, jangan bising-bising, kita masuk PERKASA ramai-ramai," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA cawangan Selayang, di Rawang hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS