Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UNHCR alukan tawaran M'sia terima pelarian Syria tapi...

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pelarian (UNHCR) mengalu-alukan pengumuman Malaysia yang akan menerima 3,000 pelarian Syria.

Bagaimanapun, pertubuhan itu juga berharap supaya lebih banyak usaha dilakukan untuk membantu beribu-ribu pelarian lain yang kini berada di Malaysia.

Wakil pertubuhan itu, Richard Towle berkata, terdapat 154,000 pelarian pelbagai nengara berada di Malaysia yang memerlukan bantuan.

"Sekarang adalah masa yang terbaik untuk meneliti perkara ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku masakan'A Taste From Home' yang menampilkan masakan pelarian, di Kuala Lumpur malam tadi.

Towle juga berkata, usaha yang perlu dilakukan oleh Malaysia termasuk menyediakan bantuan kepada komuniti pelarian dengan "cara yang lebih bersifat perundangan"

Katanya, ini lebih baik daripada meninggalkan pelarian tersebut berbanding sisi gelap masyarakat itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu PBB di New York pada Khamis lalu bahawa Malaysia akan menerima 3,000 pelarian Syiria dalam tempoh tiga tahun.

Sehubungan itu, Towle berkata, UNHCR tidak mempunyai butiran lagi mengenai bagaimana perkara itu akan dilakukan.

Katanya, terdapat 970 pelarian Syiria yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia pada Ogos.

Malaysia tidak menandatangani konvensyen PBB untuk melindungi pelarian walaupun menjadi tempat persinggahan beribu-ribu pelarian setiap tahun.

Pelarian itu termasuk lebih 50,000 pelarian Rohingya yang menetap di Malaysia - yang dianggap sebagai pendatang haram dan tidak dibenarkan mendapat pekerjaan rasmi.

Malah, ada juga yang terpaksa menggunakan dokumen palsu untuk mencari kerja yang mana tindakan itu tidak disokong oleh UNHCR, kata Towle.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS