Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak bantahan Hadi kes cabar RUU hudud

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tidak membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian beliau mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Hadi dalam bantahannya berhujah bahawa permohonan yang dibuat oleh Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin sepatutnya dibangkitkan melalui semakan kehakiman dan bukan dengan saman pemula.

Bagaimanapun, Hakim Asmabi Mohamad tidak membenarkan bantahan awal dan menetapkan 13 Oktober ini untuk mendengar permohonan Hadi untuk mengetepikan kes itu dan permohonan empat plaintif untuk mendapatkan injuksi sementara terhadap rang undang-undang itu.

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam Hadi, Datuk Takiyuddin Hassan dan peguam plaintif Fariz Jinnah.

Bantahan awal Hadi yang juga MP Marang itu, bersama-sama dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan tiga lagi.

Pada 13 Oktober Asmabi akan mendengar permohonan Hadi mengetepikan kes tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS