Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda MCA masih mahu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memohon maaf kerana mengugut hendak “melempang” orang Cina di Malaysia.

Ketuanya Chong Sin Woon tetap mahukan perkara itu walaupun Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata isu itu akan diselesaikan melalui mekanisme dalaman BN.

“Bawa ke perbincangan BN tidak bermakna biar begitu saja.

“Bawa ke BN bermaksud minta dia tarik balik dan minta maaf,” tegas Chong, yang juga imbalan menteri pendidikan, selepas melawat sebuah sekolah kebangsaan Cina di Klang, Selangor.

Tengku Adnan sebelum ini meminta MCA dan Gerakan berhenti mengkritik Tajuddin kerana ia akan diselesaikan oleh BN secara dalaman.

Beliau juga berata dikelirukan oleh media sosial dan tidak oleh itu tidak perlu meminta maaf.

Malaysiakini pada 1 Oktober melaporkan Tajuddin, yang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu melibatkan kenyataan Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia ketika lawatannya ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menafikan memberi amaran itu dan mendakwa laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak sepenuhnya benar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS