Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Black 505: Nik Nazmi didakwa lagi kali ketiga
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 10:58 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa lagi buat kali ketiga bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 kerana tidak memberikan notis sepuluh hari untuk perhimpunan Black 505 pada 2013.

Ini susulan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 9(5) PAA – yang berkaitan kesalahan gagal memberi notis – tidak bertentangan dengan perlembagaan, sah dan boleh dikuat kuasa.

Peguam Nik Nazmi, Syahredzan Johan, berhujah persoalan sekarang bukan berkaitan kesahan akta itu daripada sudut perlembagaan tetapi sama ada anak guamnya boleh didakwa semula selepas dibebaskan daripada kesalahan itu.

“Beliau sepatutnya dilepaskan daripada pertuduhan ketiga kerana sudah pun dibebaskan untuk kali pertama,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Memetik Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, Syahredzan berkata individu yang dibebaskan tidak boleh dibicarakan sekali lagi atas kesalahan sama kecuali pembebasan itu diketepikan oleh mahkamah lebih tinggi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS