Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan cabar sempadan semula kerusi S'wak didengar 13 Okt

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan untuk membenarkan ADUN Batu Lintang See Chee How mencabar persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri di Sarawak.

Mahkamah itu juga menetapkan 13 Oktober ini untuk mendengar pemohonan See untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Ogos yang memutuskan persempadanan semula kawasan di Sarawak sebagai sah.

Keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan persempadanan semula sebagai batal dan tak sah.

Ini membolehkan SPR menyerahkan laporan mengenai persempadanan semula itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sesi Parlimen yang dibuka pada 19 Oktober. [Baca berita asal]

Sementara itu Bernama melaporkan Datuk Dr Cyrus Das memberitahu panel hakim bahawa mereka bersedia untuk meneruskan permohonan penangguhan hari ini tetapi boleh menangguhkan pendengaran hari ini sekiranya Mahkamah Persekutuan bersetuju untuk mendengar permohonan kebenaran merayu pada minggu depan.

Das dan Datuk S Ambiga mewakili pemohon, See dan Pauls Baya, seorang pengundi di Ulu Baram.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili SPR berkata beliau bersetuju kebenaran merayu itu didengar minggu depan.

Hakim Raus kemudian menetapkan 13 Okt bagi mendengar permohonan kebenaran merayu dan permohonan penangguhan.

Turut bersidang bersama beliau ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei tahun ini, yang memerintahkan SPR supaya mengeluarkan semula notis selepas memutuskan bahawa notis terbabit kekurangan butiran.

Pada 25 Mei tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie turut mengeluarkan perintah tambahan dengan mengisytiharkan notis persempadanan semula SPR itu batal dan tidak sah selepas memutuskan bahawa notis itu tidak selaras dengan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi membenarkan semakan kehakiman yang difailkan See dan Pauls.

Dalam melaksanakan urusan persempadanan semula bagi Sarawak, SPR memohon untuk mewujudkan 11 kawasan pilihan raya baharu, dengan menambah daripada 71 kawasan sedia ada kepada 82.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa notis SPR adalah selaras dengan Seksyen 4 (a) Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Lihat Komen
ADS