Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hishammuddin: Saya tak tahu siapa Umno 7
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 1:44 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak tahu menahu tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau Umno.

"Tidak," katanya ketika ditanya sama ada mengenal tujuh individu tersebut.

Semalam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tujuh pemimpin itu berada dalam pemantauan parti kerana melanggar displin parti, tanpa mendedahkan individu terbabit.

Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya jika ada sebarang tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata siasatan mengenai displin yang dilakukan dalam parti adalah amalan biasa.

"Tiap-tiap kali Majlis Tertinggi bermesyuarat atau (Jawatankuasa) Pengurusan bermesyuarat, kita bincang siasatan lembaga disiplin," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS