Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ujian penilaian kelas KAFA subjek ADAB 1, 11 ditangguh
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 12:35 AM
Dikemaskini: 4:37 PM

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek ADAB I dan II yang dijadual hari ini, ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata ia susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan hari ini.

Oleh itu, katanya, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan JAKIM di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu, katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa esok kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat 7 malam tadi, bacaan IPU dicatatkan di Langkawi ialah 158.

- Bernama

Lihat Komen
ADS