Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran Ali Tinju: Melaka Raya tak selamat 10 Okt

“Gerakan Merah” mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.

Amaran itu dibuat presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom selepas mendakwa terdapat sekumpulan “samseng Cina” memukul penguatkuasa kerajaan pada awal Oktober lalu.

"Melaka Raya tidak akan selamat pada hari tersebut, Melaka Raya tidak akan selamat ini isyarat saya,"kata Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Bagaimanapun, Ali Tinju berkata keadaan tidak selamat yang dimasudkan itu bukan menjurus kepada kekecohan.

"Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan. Mungkin akan berlaku kemalangan. Bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.

"Kita minta membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya," katanya.

Bukan anti-Cina

Ali berkata, perhimpunan berkenaan bukan bertujuan melakukan huru-hara tetapi sekadar mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap samseng terlibat.

“Gerakan Merah tidak perlu permit, sebab kita tidak buat kacau, tetapi turun ke sana untuk jalan-jalan makan angin.

“Kita mahu mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap gengster Cina. Bukan saya anti-Cina tetapi anti gengster Cina.

“Saya mahu mereka didakwa dan dihukum dengan berat kerana kita tidak mahu gengster Cina ini keras kepala,” katanya.

Beliau berkata lebih 10,000 peserta daripada seluruh negara akan turun ke Melaka Raya pada hari itu.

Lihat Komen
ADS