Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP dakwa Sanusi merendahkan bangsa Melayu
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Seorang ahli Parlimen (MP) Umno membidas bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid kerana didakwanya telah merendahkan bangsa Melayu di depan kaum lain.

MP Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali berkata ia akan menyebabkan bangsa lain, terutamanya Cina, memandang rendah terhadap orang Melayu.

“Kenapa perlu nak ‘londeh seluar’ depan orang ramai? Itu saya memang tak setuju, macam mana nak terapkan perpaduan bila bangsa lain lihat pada kelemahan yang ada pada bangsa kita sahaja?

“Kita sekarang ni sibuk nak rapatkan hubungan di antara kaum, tapi dia pergi kata orang Melayu sanggup jual maruah pula,” Noor dipetik sebagai berkata oleh Kelab Penyokong BN (BNBBC.

Dalam satu dialog Selasa lalu, Sanusi dilaporkan berkata, orang Melayu hari ini ramai tidak mengendahkan maruah mereka sendiri, malah ada yang sanggup menjual maruah mereka.

“Nak kata Melayu sanggup jual maruah, ada buktikah untuk berkata begitu?” tanya Noor lagi.

Mengulas lanjut, Noor berkata program seperti itu boleh diadakan, namun perlu meletakkan pengkhususan dari sudut penyertaan.

“Maksud saya, program seperti itu boleh melihat kepada penyertaan kepada bangsa Melayu untuk memberi kesedaran, motivasi, nyatakan kelemahan dan apa yang perlu dibaiki.

“Dengan cara ini ia akan memberi kesedaran kepada bangsa Melayu untuk menjadi lebih baik pada hari yang akan datang, bukan cakap dalam keadaan terbuka.

"Orang Melayu jadi naik marah dengan apa yang dikatakan, bangsa lain pula semakin intim dalam mengetahui kelemahan sebenar bangsa Melayu,” ujarnya. - English Mkini

Lihat Komen
ADS