Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamal gelar Anthony Loke 'manusia babi'
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 4:21 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Walaupun dinafikan, orang kuat di sebalik perhimpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, tetap percaya anggota parlimen DAP Anthony Loke ada mengucapkan kata-kata kesat kepada orang Melayu.

Beliau berkata beliau mendengar sendiri Loke mengucapkan “Melayu celaka” dalam video dimuat naik ke Youtube.

“Anthony Loke yang kata Melayu celaka, (polis antirusuhan) FRU celaka. Saya sendiri mendengar dan menonton YouTube sendiri. Sepatutnya pemimpin dan ahli parlimen tak boleh kata begitu.

“Ini manusia babi ini, Anthony Loke,” katanya.

Diberitahu pemberita bahawa Loke menafikan perkara itu, Jamal berkata pembangkang memang sering menafikan pelbagai dakwaan.

“Main belakang pun nafikan,” kata pemimpin akar umbi Umno itu dengan sinis.

Jamal juga berkata tidak dapat memaafkan Loke atas dakwaan itu.

“Kita akan ajar dia supaya mulut dia jadi babi,” katanya lagi.

Loke ( gambar ), wakil rakyat Seremban, mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dengan dituduh memekik perkataan “celaka Melayu” semasa ditahan polis semalam.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya mencelakakan pemilik tanah yang mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban, tidak kira bangsa, termasuk Melayu.

Loke, anggota Dewan Undangan Negeri (Temiah) Ng Chin Tsai dan 13 lagi individu ditahan polis semalam kerana membantah pengusiran Kampung Ulu Temiang.

Laporan polis di IPD Seremban

Sementara itu, sebuah kumpulan dikenali sebagai Pertubuhan Merah Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis terhadap Loke kerana didakwa memaki pihak polis dengan memekik perkataan "celaka Melayu".

Laporan polis itu dibuat oleh presidennya, Mejar (B) Razali Zakaria di balai polis daerah (IPD) Seremban pada jam 1 petang tadi.

“Ini merupakan satu tindakan biadab dan secara terang menunjukkan bahawa beliau selaku ahli politik pembangkang yang anti dan benci kepada orang Melayu.

“Ini juga merupakan satu hasutan yang secara jelas menghina orang Melayu-Islam dan dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan dan rusuhan di antara kaum,” kata Razali dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS