Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja bincang lantikan hakim, suruhanjaya SPR
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 4:43 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi tahun 2016.

Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS