Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ling: Jumpa di mahkamah, Najib
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 5:49 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas presiden MCA itu juga berkata beliau "begitu terkejut" dengan surat tuntutan itu dan disusuli dengan liputan media mengenainya.

Najib pada Isnin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Ling jika beliau enggan menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepadanya dalam tempoh tujuh hari.

Dalam satu majlis pada hujung minggu, Ling berkata beliau bersetuju dengan desakan Mahathir terhadap Najib supaya meletakkan jawatan kerana didakwanya "beliau mengambil duit rakyat dan memasukkan ke dalam akaun peribadinya".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS