Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenapa banyak Toyota berakhir di tangan IS?
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Soalan ini memeningkan bahagian antikeganasan Amerika Syarikat: Kenapa banyak kereta Toyota berakhir di tangan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Justeru, mereka meminta Toyota, pengeluar kereta kedua terbesar di dunia, membantu menentukan bagaimana IS berjaya mendapat banyak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti dimainkan dalam video propaganda mereka.

Toyota bagaimanapun memberitahu mereka juga tiada jawapan untuk persoalan itu, lapor ABC News .

Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan mempunyai dasar tidak menjual kenderaan yang mungkin diubah suai untuk aktiviti ketenteraan dan keganasan.

Dalam video September tahun lalu, beberapa model Toyota, termasuk Tacima dan Land Cruisers, dipapar dalam video kempennya di Iraq, Syra dan Libya yang membawa muatan senjata berat.

Duta Iraq ke Amerika Syarikat (AS) Lukman Faily memberitahu ABC News , selain mengubah suai kenderaan lama, kerajaannya percaya IS memperoleh ratusan model Toyota dalam tahun-tahun terakhir ini.

“Bagaimana trak baru ini... pacuan empat roda, ratusan buah – dari mana ia datang?” soalnya.

Hampir jadi jenama IS

Selain Toyota, sejumlah kecil model Mitsubishi, Hyundai dan Isuzu turut kelihatan dalam video propaganda IS.

“Amat dikesali, Toyota Land Cruiser and Hilux amat berkesan hampir menjadi sebahagian daripada jenama IS,” kata Mark Wallace, bekas duta AS ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wallace kini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Counter Extremism Project, NGO yang mendedahkan jaringan kewangan pengganas.

Toyota bagaimana berkata banyak model yang dipaparkan dalam video IS bukan model baru.

Persoalan berkaitan penggunaan Toyota oleh IS telah beredar sejak beberapa tahun.

Tahun lalu, laporan Public Radio International menyebut Jabatan Negara AS menghantar 43 trak Toyota kepada pemberontak Syria.

Baru-baru ini, akhbar Australia melaporkan lebih 800 trak dilaporkan hilang di Sydney sepanjang dua tahun terakhir.

Pakar dalam hal ehwal keganasan membuat spekulasi ia dihantar ke kawasan IS.

Lihat Komen
ADS