Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas tekanan, Ali Tinju batal himpunan Sabtu ini
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 4:09 AM

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom membatalkan cadangan untuk mengadakan himpunan di Taman Melaka Raya Sabtu ini selepas diarahkan oleh pihak berkuasa.

Beliau yang lebih dikenali Ali Tinju, berkata pembatalan itu dibuat bagi menghormati majlis pengangerahan darjah kebesaran oleh Gabenor Melaka, yang diadakan pada hari yang sama.

Protes itu diadakan selepas dilaporkan tiga penguatkuasa Jabatan Kastam dikasari pada 30 Spetember yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan "samseng Cina".

Sementara akhbar The Star hari ini melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mengalu-alukan dan membenarkan Ali datang ke Melaka untuk memusnahkan sejarah panjang kesatuan kaum di negeri itu.

"Walau apapun, saya tidak akan membenarkan mana-mana individu untuk merampas ikatan perpaduan dan hubungan kuat kami yang berada di kemuncak sejak dahulu lagi.

"Kami menghormati antara satu sama lain sejak bertahun-tahun dan mereka yang mempunyai niat jahat tidak dialu-alukan di sini," Idris dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu hari ini.

Semalam, Mohd Ali mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada Sabtu dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.

Katanya, perhimpunan itu bukan bertujuan melakukan huru-hara tetapi sekadar mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap samseng terlibat.

Lihat Komen
ADS