Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Gesaan Majlis Raja-Raja perlu dihormati

Gesaan Majlis Raja-Raja Melayu supaya menyegerakan siasatan terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah "pandangan mereka" dan "perlu dihormati", kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Itu pandangan mereka (baginda sekalian), kita perlu hormati," kata beliau ringkas tanpa menyatakan gesaan tersebut perlu dipatuhi mahupun tidak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Kereta Tajaan sempena 4th General Police and Equipment Exhibition and Conference (GPEC) Asia 2015.

Selasa lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Dalam kenyataan itu, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Susulan gesaan tersebut banyak pihak termasuk pembangkang memberi pandangan dengan menyokongnya kerana ia melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Lihat Komen
ADS