Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Saman Najib pada Ling 'masalah peribadi'

Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dan bukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah "masalah peribadi".

"Itu masalah peribadi," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sidang medianya selepas Majlis Penyerahan Kereta Tajaan sempena Expo Peralatan Polis Asia ke 4 di PWTC hari ini..

Diminta mengulas lanjut masalah peribadi antara siapa, MP Pulai itu berkata: "Itu masalah peribadi antara pihak yang terlibat."

Nur Jazlan mengulas mengapa perdana menteri hanya bertindak terhadap Ling tetapi bukan kepada Dr Mahathir yang sering mengkritik Najib.

Pada Isnin, Najib bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Ling jika beliau enggan menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepadanya dalam tempoh tujuh hari.

Ling berkata beliau bersetuju dengan desakan Dr Mahathir terhadap Najib supaya meletakkan jawatan kerana didakwanya "beliau mengambil duit rakyat dan memasukkan ke dalam akaun peribadinya".

Ling bagaimanapun dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf sebaliknya beliau menerima cabaran dan sedia berdepan Najib di mahkamah.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," kata Ling yang "begitu terkejut" menerima surat tuntutan Najib.

Lihat Komen
ADS