Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS hingga mati'
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 12:16 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau masih lagi ahli PAS dan seboleh-bolehnya akan kekal menjadi ahli parti itu sampai mati.

"Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS sehingga mati,” katanya yang dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS.

"Saya ADUN PAS... Ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya.

“Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Walaupun bersama PAS, Husam bagaimanapun tidak menolak penubuhan AMANAH khususnya di Pantai Barat kerana merasakan ia mampu menarik sokongan bukan Melayu.

Lihat Komen
ADS