Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arahan bunuh anjing liar di PP ditarik balik
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 12:43 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan menarik balik arahan membunuh anjing liar bagi mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila.

Beliau berkata membuat keputusan itu selepas mendapati penyebaran rabies rendah dan keadaan sekarang dalam kawalan.

“Bagaimanapun, kami harap NGO akan membantu kami memberi vaksin kepada anjing-anjing berkaitan.

Arahan Lim pada 17 September lalu itu mengundang kritikan hebat kumpulan hak haiwan yang berpendapatan rabies boleh dikawal melalui pemberian vaksin, bukan dengan membunuhnya.

Bagaimanapun, sehingga pembatalan arahan itu dibuat hari ini, sebanyak 1,117 ekor anjing telah dihapuskan di negeri itu walaupun hanya empat kes rabies dikesan.

Lim sebelum ini mengkritik NGO yang terlalu emosi dan tidak mempertimbangkan fakta apabila mengecam arahan membunuh anjing liar.

Kumpulan dikenali sebagai “Stop Killing, Start Vaccinating” berkata sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyuntik vaksin selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya meluluskan 40,000 dos vaksin untuk dibawa oleh Perkhidmatan Veterinar Sedunia (WVS).

WVS sebuah kumpulan kebajikan haiwan global.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS