Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ribuan mohon masuk 'Universiti Porno' di Itali
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Seorang pelakon lucah dari Itali, Rocco Siffredi mengilhamkan sebuah "universiti" yang dikenali sebagai 'Universiti Pornografi'.

"Universiti" itu kini mempunyai sekumpulan pelakon lucah yang dikenali sebagai 'Italian Stallion' yang "belajar" di tempat berkenaan, lapor Independant .

Berdasarkan pengalaman Siffredi sebagai pelakon lucah yang telah terlibat dalam lebih 1,300 filem, akademi itu, yang juga dijadikan rancangan realiti televisyen akan mendokumentasi latihan pelajarnya.

Malah, memetik laman laporan berita Itali, Perfil, pelakon berkenaan dilaporkan tidak sabar untuk menunjukkan kaedah beliau bekerja dan memberi penekanan tentang bagaimana "persembahan" tanpa mengikut skrip.

Siffredi turut memberi jaminan: "Saya mempunyai kehidupan yang normal, bagi kebanyakan orang, mungkin terlalu biasa.

"Saya tidak lupa dari mana saya datang. Menjadi terkenal tidak membuatkan saya lupa tentang realiti," katanya.

Daripada beribu-ribu individu yang memohon, Siffredi mengurangkan jumlah "pelajar" ke tahap minimun dengan mengambil 21 orang - tujuh wanita dan 14 lelaki.

Beliau akan melakukan ujian skrin termasuk posisi yang akan berjaya bila di hadapan kamera.

Lihat Komen
ADS