Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Putrajaya perlu memandang serius serta segera menangani isu 1MDB, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu pada Selasa.

"Semua pihak khususnya Putrajaya harus ambil serius teguran dan pandangan yang dibuat oleh majlis raja-raja Melayu.

"Apa yang dinyatakan adalah sentimen rakyat hari ini tanpa mengambil kira ambil pandangan politik, majlis raja-raja mengambil pendirian unprecedented dalam memberi pandangan berkaitan ekonomi yang semakin meruncing dan kecelaruan pimpinan di peringkat Persekutuan," katanya.

Anggota Parlimen Gombak itu berkata demikia dalam sidang media selepas majlis pecah tanah tapak projek Masjid Zakaria di Gombak hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata kebimbangan majlis raja-raja Melayu itu senada dengan sentimen rakyat ketika ini yang bimbang dengan isu melibatkan syarikat sarat hutang itu.

"Raja-raja bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian kaum dan mendesak PM harus menjunjung perintah raja-raja Melayu dan kembalikan keyakinan rakyat, pelabur dari dalam dan luar," tegas Azmin.

Selasa lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Dalam kenyataan tersebut, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Berikutan gesaan itu, banyak pihak khususnya pembangkang telah memberi pandangan dengan menyokong gesaan tersebut kerana dikatakan ia melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Mengulas titah itu, Zahid semalam berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.

Katanya, segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.

Lihat Komen
ADS