Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyambut penganjuran himpunan antikerajaan Selangor dengan penuh sinis dengan minta penganjurnya Datuk Jamal Mohd Yunos bertaubat.

"Lebih baik himpunan di masjid.

"Saya cadangkan buat qiamullail (beribadat malam), solat hajat di masjid bentuk akhlak yang mulia dan bertaubat," kata Azmin.

Perhimpunan dikenali sebagai “Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba” itu dirancang pada Ahad ini di Ampang.

Timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran himpunan “Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba” di Ampang, Ahad ini.

Ia digerakkan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah pada 16 September lepas.

Jamal pada mulanya bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan besar di Kajang sebaik sahaja dibebaskan selepas ditangkap susulan kenyataan berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu berkata tindakan itu dibuat kerana presiden PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil dua tahun lalu.

Jamal kemudian membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang sebaliknya mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali antaranya susulan isu denggi negeri.

Lihat Komen
ADS