Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedah catat 70 kes gigitan anjing
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 2:47 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Oktober lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kejaidan itu membabitkan 69 ekor anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (empat), Langkawi (empat), Baling (tiga), Yan (satu), Pendang (satu) dan Padang Terap (satu).
Katanya dua kes gigitan anjing gila itu berlaku di Kota Setar terhadap pasangan suami isteri pada 7 dan 11 Sept lepas yang membabitkan anjing peliharaan mereka.
"Pasangan suami isteri itu dalam keadaan stabil dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar sentiasa memantau mereka termasuk nasihat mendapatkan rawatan segera jika mengalami demam, sakit kepala dan kelesuan otot," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.
Sehubungan itu, Dr Norhizan meminta pemilik anjing supaya memastikan anjing peliharaan mereka mendapat vaksinasi daripada Pejabat Veterinar bagi pencegahan rabies.
Selain itu, katanya mereka perlu memantau anjing peliharaan daripada berkeliaran bagi mencegah kemungkinan dijangkiti rabies dari anjing liar yang menghidap rabies.
"Mangsa yang digigit sama ada dari anjing peliharaan atau anjing liar perlu membersihkan tempat gigitan menggunakan air bersih dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit.
"Setelah itu, mereka perlu mendapatkan rawatan segera... vaksin pencegahan rabies hanya dibekalkan di sembilan hospital di Kedah," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS