Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya usaha melucutkan jawatan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, menteri besar Selangor itu mendakwa parti itu bertambah kuat.

"Tidak ada, PKR hari ini bertambah kuat dan teguh serta berperanan secara menyeluruh dengan melibatkan semua parti politik dan terikat dengan agenda reformasi.

“Saya percaya kemuafakatan yang baik dan perbincangan akan berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Masjid Zakaria Batu 8 Gombak, hari ini.

Malah, anggota Parlimen Gombak itu mahu sebarang spekulasi dan “budaya fitnah” diberhentikan.

"Jangan (tanya) sekiranya adakah saya akan pertahankan Rafizi. Jika ia tidak benar mengapa kita buat spekulasi dan budaya fitnah?" ujar Azmin ( gambar ).

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung parti.

Gesaan terhadap anggota parlimen Pandan itu dikatakan dibuat disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan.

Sumber The Malaysian Insider juga dilaporkan berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Ahad ini yang dibuat ekoran petisyen 25 anggotanya baru-baru ini.

Lihat Komen
ADS