Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami tidak tinggalkan Ling, kata Ketua Pemuda MCA

Dakwaan bahawa MCA menjauhkan diri dari bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kemungkinan disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah tidak benar, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan sebelum ini menegaskan bahawa gesaan Ling supaya Najib meletak jawatan adalah "pendapat peribadi" bekas presiden MCA itu.

Ling berdepan dengan kemungkinan disaman selepas beliau enggan memohon maaf kerana mendakwa Najib menipu dana awam.

"Setiausaha agung dan Presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) hanya menyatakan ia bukan pendirian parti itu. Mereka tidak menjauhkan diri dari Ling. Ling masih dihormati sebagai bekas ketua kami.

"Malah, kita benar-benar terkejut apabila PM mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ling. Ling bukan satu-satunya orang yang mengkritik PM," kata Chong kepada pemberita di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Beliau kemudian menyalahkan media kerana melaporkan MCA menjauhkan diri daripada Ling.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada Pemuda MCA akan menyokong Ling, Chong tidak memberikan jawapan secara langsung.

"Ini adalah pendapat peribadi Ling, saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti (sama ada MCA menyokong atau tidak)," katanya.

Ditanya sama ada secara peribadi beliau menyokong kenyataan Ling itu, Chong berkata: "Ini mengheret saya ke dalam perkara antara kedua-dua (Ling dan Najib)." [Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS