Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
EPL: Martial yakin 2 trofi milik MU, Hazard sedang sukar di Chelsea
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 3:46 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Hazard akui sedang sukar bersama Chelsea

Gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 10 perlawanan pertama musim ini membelenggu bintang Chelsea, Eden Hazard dan beliau mengakui dirinya sedang melalui detik sukar.

Bagaimanapun, Hazard berjaya mencipta gol melalui sepakan penalti ketika mewakili pasukan kebangsaan Belgium ketika menentang Androrra dan mereka menang 4-1, Ahad lalu.

Setakat ini, Hazard gagal memberi kegembiraan buat The Blues.

Keadaan itu dilihat jauh berbeza dengan prestasinya musim lalu sekali gus meraih gelaran pemain terbaik EPL.

Sukar menjelaskan apa yang sedang dialami, pemain tengah berusia 24 tahun bagaimanapun tetap optimis memperbaiki permainannya.

"Saya tidak dapat jelaskan. Yang pasti saya perlu lebih bekerja keras untuk bangun semula.

"Di Chelsea keutamaan kami adalah sebagai satu pasukan dan secara individu. Kami sangka kemenangan kepada Arsenal baru-baru ini akan membawa kami ke atas tetapi sebaliknya terjadi," katanya.

Giroud tak cemburu tersadai di bangku simpanan

Penyerang Arsenal, Oliver Giroud tidak bimbang walaupun diletakkan di bangku simpanan pada musim ini.

Menurutnya, Theo Walcott yang dinaikan pangkat dalam skuad utama mempamerkan prestasi lebih baik. Sepanjang lapan perlawanan musim ini Giroud hanya bermain tiga kali pada awal perlawanan berbanding Walcott yang diturunkan lima kali dalam kesebelasan utama.

"Saya memang bersaing dengan Walcott untk posisi penyerang, bjat masa ini dia beraksi dengan baik. Justeru tiada sebab untuk sebarang perubahan.

"Sekarang saya berada di posisi Walcott pada musim lalu," kata penyerang dari Perancis itu.

Ditanya keadaan itu kurang baik buatnya, Giroud mengakui dia harus belajar menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan dan lebih percaya kepada pilihan jurulatih.

Klopp mahu anak didik di Dortmund beraksi di Anfield

Pengurus baru Liverpool, Jurgen Klopp dilihat mula membuat perancangan rapi buat The Reds apabila berhasrat membawa bekas anak didiknya Robert Lewandowski di Borussia Dortmund ke Anfield.

Ejen Lewandowski dilaporkan memberi isyarat kepada kelabnya sekarang iaitu Bayern Munich bahawa penyerang itu tidak akan kekal di kelab berkenaan dan Klopp berminat membawanya ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kini bergantung kepada penyerang seperti Christian Benteke, Daniel Sturridge, Danny Ings dan Divock Origi, manakala Mario Balotelli dipinjamkan ke AC Milan.

Bagaimanapun Klopp berkeinginan membawa Lewandowski menyertainya jika Munich sedia melepaskan penyerang berusia 27 tahun itu.

Martial yakin dua trofi milik Man United

Pemain muda Manchester United, Anthony Martial, begitu yakin pasukannya akan meraih dua gelaran pada musim ini.

Pemain berusia 19 tahun yang sudah mencipta empat gol buat The Red Devils sejak berpindah ke Old Trafford bulan lalu dan optimis mereka mampu meraih trofi Liga Juara-juara dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Man United kini di kedudukan ketiga berbeza dua mata berbanding pendahulu liga, Manchester City selepas tewas kepada Arsenal 0-3 pada saingan minggu lalu.

Sementara itu, di Liga Juara-juara anak buah Louis Van Gaal berada di kedudukan kedua kumpulan B dengan tiga mata yang turut diperolehi oleh tiga pasukan lain.

Martial memasang impian untuk melihat Man United meraih dua gelaran tersebut dan bernekad untuk berusaha merealisasikannya.

"Saya fikir kami boleh menjuarai EPL dan Liga Juara-juara musim ini. Kami adalah lima kelab tertas di Eropah," katanya yang memecah rekod pemain muda termahal di dunia.

Lihat Komen
ADS