Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belanda keluar laporan siasatan nahas MH17 hari ini
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 12:43 AM
Dikemaskini: Oct 13, 2015 1:14 AM

Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung kemalangan pesawat MH17 Malaysia Airlines hari ini.

Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi kesemua aspek siasatan.

Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.

Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan, Tjibbe Joustra akan terlebih dahulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada pukul 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada pukul 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.

Laporan itu antara lain memfokus kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam penerbangan daripada Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabia ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS