Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tahanan Sosma, Khairuddin tarik balik permohonan habeas corpus

Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan menarik balik permohonan habeas corpus untuk mencabar penahanannya selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdullah, berkata ini kerana dakwaan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan semalam menjadikan cabaran itu akademik mengikut undang-undang.

"Tetapi kita tidak berputus asa... Kita akan memfailkan satu usul hari ini untuk menentukan sama ada Seksyen 124L adalah mengikut Sosma.

"Jika tidak, maka kedua-dua Khairuddin dan Matthias Chang boleh dibenarkan ikat jamin," kata Mohd Hanif.

Khairuddin dan Chang didakwa cuba untuk mensabotaj sektor perkhidmatan kewangan dan perbankan dan negara.

Mereka kini ditahan di penjara Sungai Buloh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS