Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua tahun suami menghilang, air mata terus berguguran

Selepas lebih dua tahun dan ketiadaan petunjuk baru berikutan kehilangan suaminya yang didakwa diculik oleh polis berhampiran sebuah hotel di Kuala Lumpur, seorang suri rumah yang terpaksa kembali bekerja sebagai jururawat di luar negara, berharap kes itu mampu diselesaikan.

V Satiavani, 50, percaya ada yang tidak kena dengan kehilangan suaminya, K Gobala Guru seorang ahli perniagaan sedangkan bekas pegawai kanan polis seperti bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan pegawai-pegawai polis sekarang memilih untuk membisu.

Ini berikutan penemuan bahawa seorang daripada empat lelaki yang didakwa menculik dan memukul suaminya dikatakan adalah seorang anggota polis yang masih berkhidmat.

Kes Gobala ini pertama kali dilaporkan di Malaysiakini bulan lalu, apabila adiknya K Dasnamurthy menceritakan kehilangan adiknya dan cabaran sukar yang dihadapinya dalam mencari maklumat mengenai kejadian itu.

Gobala ditahan di sebuah hotel berhampiran Jalan Maharajalela pada 2 Feb, 2013, dan keretanya ditemui pada hari berikutnya, dengan kesan kebakaran yang teruk di Ulu Yam.

Dasnamurthy juga dilaporkan mendesak supaya satu pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan abangnya. Walau bagaimanapun, tiada apa yang dilakukan.

Satiavani, yang bekerja di Oman, jelas kelihatan kecewa dan sedih sepanjang temu bual yang dijalankan pada Jumaat lalu. Katanya, dia tidak dapat memahami mengapa polis gagal memberi sebarang petunjuk berhubung kehilangan suaminya.

"Selalunya, Dasnamurthy dan adik beradik saya yang terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan maklumat. Mereka sentiasa menghubungi polis untuk mengetahui perkembangan, sedangkan polis yang sepatutnya menghubungi kami. Saya juga tidak tahu sama ada dia mempunyai musuh atau jika terdapat persaingan perniagaan.

"Lebih memburukkan lagi keadaan, bank-bank yang mana suami saya mengambil pinjaman untuk membeli dua buah rumah tidak mahu memberi sebarang butiran tentang berapa banyak jumlah yang beliau berhutang dan jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Abang ipar saya perlu mendapatkan maklumat ini,” kata Satiavani sambil menangis teresak-esak.

Katanya, agak bernasib baik kerana beliau bekerja buat masa ini dan mampu membantu untuk membayar pinjaman yang diambil oleh suaminya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tetap mahu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Nota Editor: Satiavani tidak mahu gambarnya disiarkan dalam artikel ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS