Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tukar Najib - Muhyiddin, Ku Li perlu mulakan, kata penganalis

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah perlu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka jika ingin membawa perubahan, kata seorang penganalisis.

Bercakap kepada Malaysiakini , Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata jika tidak, tiada apa yang akan berlaku di negara ini.

"Muhyiddin atau Ku Li perlu tampil bagi menyatakan sama ada mereka mahu mencabar Najib.

"Jika mereka tidak melakukannya, ia tidak akan bermula," katanya.

Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergandingan dengan Muhyiddin, Razaleigh, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Tan Sri Ong Tee Keat membidas Najib pada satu majlis bersama semalam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS