Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan persempadanan S’wak penting, kata peguam

Peguam kanan Cyrus Das hari ini berhujah bahawa kebenaran untuk merayu patut diberikan berhubung kes persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak di Mahkamah Persekutuan adalah penting.

Ini kerana, katanya, ia membabitkan isu perlembagaan yang bakal mempengaruhi keputusan pilihan raya dan juga tindakan persempadan semula di Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak lama lagi.

Menurut Das, ia membabitkan hak pengundi dengan mengambil kira bahawa notis daripada Suruhanjaya Pilihan Raya akan menentukan kawasan dan kerusi mereka mengundi dan juga pusat mengundi pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau seterusnya mengambil contoh pengalaman anak guamnya iaitu ADUN Bukit Lintang See Chee How yang terpaksa membeli daftar pemilih pada harga RM4,500 dan mendapati bahawa SPR telah memindahkan 6,500 pengundi daripada kawasannya.

"Bahawa maklumat (daftar pemilih) perlu dibekalkan kepada pengundi mengikut keperluan minimum apabila notis berkenaan dikeluarkan di bawah Seksyen 4a Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah satu daripada enam syarat yang disenaraikan dalam Jadual berkenaan di mana Hakim Mahkamah Tinggi berkata ia adalah sebahagian daripada keperluan minimum yang beliau iktiraf.

“Bagaimana pengundi berdaftar dapat mengenalinya jika notis itu tidak wajar?" soalnya.

Das ( kiri ) yang mewakili See dan juga Pauls Baya berkata, perkara berkaitan dengan Artikel 113 dan Seksyen 4a dan 5 dalam Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, belum diputuskan sebelum ini dalam sejarah undang-undang negara.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif kemudiannya memutuskan untuk memberikan penghakiman mereka pada Khamis ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS