Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan pengeluar sarung tangan getah sokong TPPA
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 4:51 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyatakan sokongannya kepada usaha kerajaan untuk terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Walaupun sebuah negara dagangan yang kecil, Malaysia memainkan peranan penting dalam pasaran eksport dan import global dengan pelbagai industri yang cergas.

"Bagaimanapun, ia memerlukan kerjasama dan perkongsian rantau Pasifik untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan," kata MARGMA dalam satu kenyataan pada Selasa.

Persatuan itu percaya, dalam jangka panjang, negara seperti China juga akan turut dipelawa menjadi rakan kongsi.

"Oleh itu penting untuk semua rakyat Malaysia menjadi proaktif dan tidak berpandangan tertutup mengenai TPPA, demi kebaikan Malaysia," tambahnya.

MARGMA juga menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menerang dan menjelaskan faedah-faedah TPPA kepada rakyat negara ini.

Ia turut mengakui usaha yang diambil MITI untuk memastikan kepentingan semua industri di Malaysia dilindungi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS