Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar dapat layanan istimewa, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jazlan Mohamed hari ini memaklumkan kepada sidang Dewan Rakyat bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara di Sungai Buloh, diberi "layanan keistimewaan dan kemanusiaan" berbanding banduan lain.

Beliau berkata Anwar diberi peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti termasuk solat Jumaat, rawatan kesihatan dan aktiviti fisioterapi, tidak seperti yang diterima oleh banduan.

Jawapan itu diberikan oleh Jazlan selepas beliau diasak oleh anak sulung Anwar Nurul Izzah Anwar (PKR - Lembah Pantai) di Dewan Rakyat pagi ini.

"Saya nak tegas sebanyak 50,000 banduan di seluruh penjara. Layanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia diberi peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti, solat Jumaat, fisioterapi dan rawatan (kesihatan), terima sajalah.

"Ini fakta. Kerajaan memberikan layanan keistimewaan dan kemanusianan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan beliau menjalankan aktiviti lain dan banduan lain tidak dapat.

"Jadi (saya) kemukakan fakta, kalau dari layanan yang tak baik pun, kerajaan membenarkan IPU (Interparlimentary Union) dan Suhakam untuk melihat sendiri layanan kepada beliau," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Nurul Izzah mengenai kesediaan kerajaan untuk memberikan rawatan intensif fisioterapi dua atau tiga kali seminggui terhadap bapanya itu seperti yang dicadangkan oleh pakar fisioterapi kerajaan.

Penipu tegar

Sebelum itu, beberapa anggota parlimen PKR termasuk Izzah, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) bangun membantah kenyataan Datuk Abdul Latif Ahmad (BN-Mersing) yang menuduh Anwar sebagai ‘penipu tegar’ atau 'compulsive liar'

Abdul Latiff berkata demikian bagi merujuk tindakan Anwar yang sebelum ini mendakwa beliau menghadapi keracunan arsenik sehingga mahkamah terpaksa menggantung proses penghakiman kesnya ketika itu selama tiga minggu.

Kajian kemudiannya, kata beliau, mendapati tiada keracunan arsenik seperti yang didakwa.

Dewan bising seketika, termasuk ketiga-tiga pemimpin itu bangun dan minta Abdul Latiff menarik balik kenyataan itu terhadap Anwar.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee kemudiannya meminta Abdul Latiff menarik balik kenyataannya.

"Okay, saya tarik balik," kata Abdul Latiff.

Dalam jawapannya, Jazlan juga berkata "tidak timbul" hasrat kerajaan untuk meletakkan Anwar di bawah tahanan rumah atau dimaafkan demi membolehkan beliau mendapat rawatan lebih baik.

Ini kerana, katanya, Anwar yang juga adalah bekas timbalan perdana menteri dihukum atas kesalahah jenayah.

"Saya rasa perkara itu tidak timbul. Kit perlu hormati keputusan mahkamah," katanya.

Sebelum itu, Nurul Izzah dalam perbahasan di Dewan Rakyat, mendesak kerajaan supaya membebaskan bapanya yang yang memerlukan rawatan intensif fisioterapi memandangkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan bahawa Anwar adalah tahanan politik.

Lihat Komen
ADS