Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM231,452,287 setakat Oktober dalam operasi pencarian pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, katanya, anggaran kos keseluruhan bagi misi pencarian itu masih tidak dapat ditentukan kerana operasi masih sedang diaksanakan.

"Manakala, bagi menangani nahas pesawat MH17, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM12,873,961," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Liow (BN-Bentong) menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung jumlah perbelanjaan kerajaan mencari pesawat MH370 dan menangani nahas pesawat MH17 termasuk jumlah pampasan kepada penunpang dan anggota kabin.

Liow berkata setakat ini seramai 236 orang waris telah menerima bayaran pampasan pendahuluan bagi tragedi MH17 dan 74 waris bagi tragedi MH370.

"Jumlah pampasan yang diberi kepada orang waris/keluarga penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam kedua-dua nahas tersebut adalah sebanyak USD16,600,000," katanya.

Menurutnya lagi, julah pampasan yang dibayar dinilai berdasarkan Konvensyen Montreal 1999 dengan pembuktian kerugian yang ditanggung oleh setiap penumpang.

"Dalam hubungan ini, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew berjumlah USD50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris/keluarga penunpang dan anak kapal MH370 dan MH17," katanya.

Lihat Komen
ADS