Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) jika meneruskan hasrat untuk berdebat skandal 1MDB.

Pandikar juga menyuarakan kebimbangan jika perdebatan secara siaran langsung itu diteruskan akan menyebabkan siasatan kes terjejas dan menimbulkan prejudis terhadap pihak yang disiasat dalam prosiding nanti.

Katanya, sekalipun beliau tidak menghalang perdebatan antara Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy, tetapi ia perlukan dilakukan dengan bersyarat.

"Saya tidak akan menghalang debat itu diteruskan oleh kedua-dua pihak. Perkara ini dibenarkan denngan syarat, Petaling Jaya Utara meletakkan jwatan dalam PAC atau kalau tidak pun meletakan jawatan, beliau tidak melibatkan dirinya dalam mana mana bahagian siasatan dan prosiding PAC kes 1MDB.

"Dan Arul Kanda Kandasamy yang merupakan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh PAC, tidak boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan atau porsiding PAC," kata Pandikar ( kanan ).

Dilaporkan debat antara Pua dan Arul Kanda mungkin disiarkan secara langsung Jumaat ini melalui saluran rasmi kerajaan RTM pada jam 9 hingga 10 malam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dilapor berkata pengendali untuk acara itu akan dilantik.

Kenapa tak boleh tunggu?

Mengulas soalan G Manivannan (PKR-Kapar) sama ada ahli parlimen pembangkang bukan dalam PAC lain boleh berdebat jika Pua tidak dibenarkan, Pandikar berkata beliau tidak akan menjawab soalan hipotitikal yang dilarang oleh peraturan mesyuarat.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapa anggota parlimen itu tidak menunggu siasatan PAC dan selepas jawatankuasa itu menyerahkan laporannya kepada Parlimen untuk dibahaskan.

"Kenapa rakyat Malaysia tidak boleh menunggu sehingga penyiasatan (hingga selesai) boleh dibuat.

"Kenapa harus terburu-buru. Adakah perbahasan itu nanti mendapat kesimpulan tuntas? Jawapanya tidak. Tunggu sehingga PAC membuat laporan kepada Majlis.

"Dan wakil rakyat boleh bahas sebaik mungkin dan selepas itu mahu membahas di luar sana secara terbuka atau cara tertentu terpulanglah.

"Selepas itu perbahasan melibatkan siapa sahaja, berbulan-bulan secara langsung pun boleh," katanya.

Menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) Pandikar berkata beliau tidak mempunyai kuasa memberi arahan tutup mulut supaya skandal 1MDB tidak diperdebatkan melalui temubual dan sebagainnya.

"Yang berbahas adalah saksi utama yang akan dipanggil (dalam siasatan PAC). Setiap ahli jawatankuasa, tugas utama sebagai penyiasat bukan pendakwa.

"Menyiasat atau apa apa tugas yang ditentukan oleh Majlis. Kalau saya benarkan Yang Berhormat PJU berbahas, bermakna dia jadi pendakwa bukan penyiasat dan akan hilangkan wibawa PAC yang berkuasa untuk paggil saksi. Itu penting.

"Jadi biar PAC jalankan tugas seperti yang kita semua mahu mereka menjalankan tugas," katanya.

Lihat Komen
ADS