Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PPP Tan Sri M Kayveas mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadikan sebagai kambing hitam berhubung kemelut 1MDB apabila pihak pengurusan syarikat itu sepatutnya bertanggungjawab penuh mengenai prestasi buruk syarikat dana pelaburan kerajaan itu.

"1MDB seperti syarikat lain. Jika saya ada aset bernilai RM52 bilion dan ada pinjaman RM42 bilion, maka saya sepatutnya tidak mempunyai masalah. Saya boleh jual aset saya pada bila-bila masa dan membayar pinjaman saya.

"Jika syarikat saya tidak melakukan dengan baik, anda boleh cakap apa sahaja yang anda mahu tentang pengurusan syarikat. Jadi, mengapa jadikan Najib sebagai kambing hitam?," soalnya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Deepavali PPP di Brickfields.

Menurut 1MDB, pihaknya mempunyai aset bernilai RM52 bilion bersama-sama dengan hutang sebanyak RM42 bilion pada Mac 2014.

Selain itu, Kayveas turut ditanya mengenai wang derma RM2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi Najib.

"Semua orang mendapat derma. Saya juga dapat. (Sebagai contoh) saya dapat derma untuk majlis rumah terbuka bagi 40,000 orang.

"Orang yang baik menderma, jadi tak ada salah.

"Saya tak curi wang, saya tidak ambil duit orang, saya tidak lari daripada membayar cukai. Jadi, tak ada salah (dengan wang derma)," katanya.

"Ia bukan rasuah. Tidak ada unsur rasuah," ujarnya lagi.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir dalam majlis rumah terbuka itu tetapi tidak menjawab soalan dari wartawan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS