Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NOW: Jamil Khir lantik dua individu sertai yayasan
Diterbitkan:  Nov 12, 2015 4:48 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanggungjawab melantik dua individu menyertai lembaga pemegang amanah sebuah yayasan Islam naungan kerajaan yang kini di bawah penelitian kerana masalah kewangan.

Pengarah NOW Akmal Nasir yang merujuk surat daripada Jamil Khir yang ditujukan kepada penaung yayasan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memohon kelulusan untuk melantik dua individu berkenaan, bersama-sama dengan 10 orang lain untuk tempoh 1Januari, 2014, hingga 31 Disember 2016.

Akmal juga memiliki surat di mana Jamil Khir melantik seorang individu sebagai pengerusi merangkap presiden yayasan itu.

Beliau hari ini juga mendedahkan timbalan pengerusi merangkap timbalan presiden yayasan itu.

Kedua-dua mereka, bersama-sama dengan anak timbalan pengerusi dan suaminya, didakwa mendapatkan hampir RM2 juta setahun daripada pelbagai jawatan yang mereka pegang dalam yayasan itu dan anak-anak syarikatnya.

Yayasan yang sepatutnya meningkatkan ekonomi umat Islam dan melaksanakan program-program kebajikan, menerima pembiayaan daripada sumbangan orang ramai dan juga geran kerajaan serta pinjaman.

“Adakah Jamil Khir Baharom sedia mengaku kemungkinan berlakunya pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di agensi (itu) sedangkan beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau?” soal Akmal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyoal sama ada Jamil Khir berani mendesak Najib untuk memecat pengerusi dan timbalan pengerusi yayasan itu.

Semalam, NOW mendakwa empat individu dalam yayasan naungan kerajaan itu memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun.

Akmal berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS