Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ADUN Permatang Pasir dan timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man tidak kisah dengan keputusan PAS Permatang Pauh memutuskan hubungan dengan beliau.

Beliau yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) berkata akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu - salah satu DUN bawah parlimen Permatang Pauh.

"Sebagai ADUN kerajaan, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Permatang Pasir walaupun PAS kawasan (Permatang Pauh) putus hubungan (dengan saya)," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kawasan Permatang Pauh semalam untuk memutuskan hubungan dengan beliau sepertimana yang diumumkan oleh yang dipertuanya Omar Hassan.

Omar berkata keputusan itu dibuat susulan kenyataan Salleh yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat.

Sementara Parti Amanah Negara (AMANAH) pula menyifatkan keputusan PAS Permatang Pauh itu memberi kelebihan kepada parti serpihan PAS itu.

Permatang Pauh merupakan kawasan PAS yang paling lantang menghentam PKR sewaktu pilihan raya kecil parlimen itu berhubung isu hudud.

Malah Pemuda PAS Permatang Pauh pula memboikot kempen pilihan raya kecil itu pada April dan Mei tahun ini kerana PKR enggan menarik balik kenyataan mengenainya.

Lihat Komen
ADS