Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua PAC dukacita, tiada lagi sidang akhbar
Diterbitkan:  Nov 19, 2015 11:11 AM
Dikemaskini: 4:54 AM

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin berkata pihaknya tidak lagi akan mengadakan sebarang sidang akbar, bermula dari mesyuarat jawatankuasa itu yang akan datang pada 23 November

Menurutnya, beliau dukacita dengan stindakan segelintir petugas media.

"Selaku pengerusi PAC, saya dukacita kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak dihargai oleh segelintir petugas media.

"Walaupun gurauan semasa akhir sidang akhbar semalam ketika hendak keluar makan meminta supaya ia tidak ditulis tetapi masih ada segelintir di kalangan pengamal media masih melaporkannya di portal berita dan akhbar.

"Oleh itu, bermula dari Mesyuarat PAC pada 23 November, PAC tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar lagi," kata Hasan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika ada sebarang maklumat yang ingin disampaikan kepada media, PAC akan mengeluarkan kenyataan bertulis rasmi.

Semalam Hasan secara berseloroh berkata "Janganlah, saya pun nak cari makan juga." katanya apabila diasak wartawan berhubung kenyataannya bahawa PAC tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

Katanya, terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya itu dan menjelaskan beliau sebenarnya menyediakan makan tengah hari untuk petugas media bagi mengeratkan hubungan dengan mereka.

“Ketika sidang media hampir tamat, saya menjemput petugas media untuk makan tengah hari dan selepas itu secara bergurau saya bercakap 'saya pun cari makan' bagi mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai 'saya pun cari makan' tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil perdana menteri,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS