Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kinitv berentap untuk Anugerah Pengaruh Asia 2015
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 11:12 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Portal berita Kinitv telah dicalonkan sebagai finalis untuk Anugerah Pengaruh Asia 2015 di Singapura.

Ia dicalonkan sebagai satu daripada empat peserta akhir bagi kategori 'Saluran YouTube’ di Malaysia oleh panel lima hakim tempatan.

"Anda telah dicalonkan ... untuk usaha anda di pentas media sosial tahun ini," kata penganjur anugerah itu dalam atu kenyataan.

Turut dicalonlan dalam kategori sama adalah Jinnyboytv dan MaxMan.tv.

Pengaruh Asia 2015 adalah anugerah tahunan bagi menghargai pencapaian individu atau kumpulan dalam industri pengaruh media sosial di Asia.

Ia bertujuan menjadi anugerah media sosial terbesar dengan membawa bersama 180 mereka yang berpengaruh dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Anugerah akan disampaikan di Singapura pada 7 Disember ini dan keputusan akan diumumkan secara langsung semasa persembahan.

Ketua Kandungan Kinitv, Tham seen Hau memberitahu Malaysiakini bahawa pasukannya amat berbesar hati dengan pencalonan itu.

"Seluruh pasukan Kinitv bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

"Ini adalah usaha gigih setiap ahli dalam pasukan Kinitv, termasuk mereka yang telah meninggalkan kami; semua mereka telah menyumbang kepada Kinitv," kata Tham.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS